Monday, 16 March 2015

LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian iaitu membataskan kajian kepada skop (mungkin) • Masa tertentu : Kajian ini hanya dilakukan pada masa tertentu sahaja . Kerana kami mempunyai masa yang terhad. • Tempat tertentu : Kajian ini hanya dilakukan di tempat tertentu sahaja. Seperti, perpustakaan dan rujukan buku serta internet sahaja. Tujuan batasan • Kajian terfokus: Kajian ini hanya difokuskan kepada tokoh- tokoh kemerdekaan di Negeri sembilan. • Memudahkan penyelidik & penyelia meneliti: Kajian ini dapat memudahkan penyelidik dan penyelia meneliti setiap isi-isi yang diberi. • Tidak menimbulkan persoalan kepada penyelia/ pembaca: Kajian ini tidak menimbulkan persoalan kepada penyelia/ pembaca apabila mereka membaca kajian ini.

KEPENTINGAN KAJIAN

Semasa kami menjalankan kerja khusus ini , kami banyak banyak memperolehi maklumat tentang Negeri Sembilan . Kami mengkaji mengenai sejarah Negeri Sembilan dan sejarah kemerdekaannya supaya generasi muda zaman kini lebih peka dengan sejarah negeri kelahiran mereka .

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini saya dapat : 1) Mengenalpasti sumber sejarah yang tepat dan benar . 2) Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat . 3) Menghargai dan menanam semangat patriolisme dalam diri kami sebagai generasi muda supaya lebih mengingati dan menghormati tokoh terdahulu

METODOLOGI

Kami pergi perpustakaan Politeknik Nilai untuk mendapatkan sumber maklumat di dalam buku rujukan & ilmiah . Selain itu , kami melayari internet bagi memperoleh pelbagai maklumat untuk dijadikan rujukan dengan lebih lanjut

Sunday, 15 March 2015

SUMBANGAN TOKOH

Kitab Pelita Bahasa Melayu sejumlah tiga pengal telah menjadi mercu tanda dalam sejarah penulisan karya tatabahasa. Usaha Za'ba dalam menghasilkan karya tentang keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah memyumbang kepada pertumbuhan pesat dalam pengajaraan dan pembelajaran bahasa Melayu .

KEJAYAAN TOKOH

Kejayaan tokoh : Za’ba ialah seorang sarjana yang aktif dalam pelbagai bidang samada agama, politik atau kesusateraan politik : Za'ba bergiat aktif dalam politik dan memberikan sumbangan yang amat besar iaitu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara. Beliau juga menjadi penggerak utama dalam penubuhan Parti UMNO. Hasil perjuangan beliau juga, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya juga ditubuhkan. Beliau juga turut menyumbang dalam penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesusateraan : Za'ba telah banyak menghasilkan penulisan berkaitan bahasa Melayu sepanjang hayatnya. Antara hasil yang terkemuka termasuk Tatabahasa Melayu dan Pelita Bahasa.  

ZA'BA

Nama sebenarnya Zainal Abidin Bin Ahmad Pada 16 September 1895,bersamaan 26 Rabiul Awal, Tahun Hijrah 1313, Za’ba dilahirkan di kampung Bukit Kerdas, Bukit Kikir, Jemmpol, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Diantara institusi – institusi yang pernah beliau pernah menimba ilmu ialah : Sekolah Batu Kikir, Daearah Kuala Pilah, Negeri Sembilan St. Paul Institution School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London za’ba bekerja sebagai guru sejak mula lagi. Di antara institusi pengajian yang pernah beliau curahkan ilmu ialah: English College, Johor Bahru Malay College, Kuala Kangsar School of oriental African Studies (SOAS), University of London Beliau pernah bekerja sebagai penterjemah di Institusi Institusi tersebut : Sultan Idris Training College, Tanjung Malim Pejabat Penerangan Singapura , Syonan Simbun (Strait Times)

KEBANGKIRTAN YAMTUAN ANTAH & KESAN PENENTANGAN

Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh : Dato' Siamang Gagap Tengku Besar Tampin penduduk Rembau , Jelebu dan Johol Disember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS   ( Negeri-Negeri Selat )  British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS .  Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johol .  KESAN PENENTANGAN Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap . Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan

FAKTOR PENENTANGAN

Faktor penentangan : Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya .  Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti .  Residen British di Sungai Ujong ( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah  Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuran

YAMTUAN ANTAH

YAMTUAN ANTAH Nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almahrum Raja Radin Dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875 Wilayah jajahan Seri Meranti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol

SINOPSIS

SINOPSIS Tokoh Kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan 'role model' atau idola kepada generasi kini dan akan datang. Segala pengorbanan, rintangan dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Antara tokoh-tokoh nya ialah Zainal Abidin Ahmad (ZA’BA) dan Yamtuan Antah . Mereka berdua merupakan tokoh kemerdekaan Negeri Sembilan .

PENGENALAN

PENGENALAN Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor , Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan,Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal . Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.